Berkurun rasa nye kite tak 'update' fp nih... Jadi malam ni kite curi sikit masa tido untuk 'update' entri yg baru... Kite bukan sengaja tak nak 'update' tapi kebelakangan ini, kite terlalu sibuk di opis... 'students' kite nak periksa akhir... dan kite juga sibuk jadi pegawai penilai untuk projek akhir pelajar2 semester 6... nak siapkan repot itu ini... penat sangat2 skrg ni... huhu nak makan pun tak sempat... tiap2 ahari kite 'miss' makan tengah hari... dah seminggu kite ak makan nasi tau... tak selera kerana terlampau penat...
Kali ini kite nak kongsi gmbr2 masa kite makan kenduri di rumah sedara di Bukit Antu, Kodiang, Kedah... Sebelum kite ke kenduri tu, kite ada bawak anak2 ngan famili kite ke Muzium Padi, Kedah. Muzium ini sangat menarik dan unik dari segi rekabentuk bangunannya... mengambil sempena butir2 padi atau beras... Muzium ini dikelilingi oleh sawah padi yang terbentang luas dan dimiliki oleh MADA (Malaysian Agricultural Development Authority) dengan kos pembinaan RM24.7 juta berhampiran bukit Gunung Keriang, Kedah.
Muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 10am ke 6pm. Cuma hari Jumaat masa rehat agak panjang daripada pukul 12.30-2.30pm. Bayaran masuk untuk dewasa RM3 dan RM1 untuk kanak2. Muzium Padi ini mempunyai dua aras... dan aras atas yang berputar!! Aras ini berputar dengan perlahan... tak sedar pon yang kite sebenarnya tengah mengelilingi lukisan mural yang sangat besar dan cantik... dengan mempunyai kelebaran sebanyak 108 meter dan ketinggian 8 meter. Semua gambar itu nampak hidup seolah2 kite berada di suatu perkampungan sawah padi. Difahamkan bahawa lukidan mural untuk adalah hasil kerjatangan artis daripada Korea Utara.
4 gambar atas ini adalah lukisan mural yang kite cite tu... cantik kan macam permandangan betul...
aina amik gambar kat patung yang berbaju kurung kedah... huhu cute gak anak dara ibu nih...
antara peralatan yang digunakan untuk kerja2 penanaman padi...
kami satu famili... huhu dah lame tak bergambar cam gini...
Baru pertama kali kita dengar ada muzium padi,
belum pernah FP yg Wak singgah ada Muzium ini,Kalau tak mis lah Wak nak nenguk jenguk ...... Manje jgn tak makan nanti memudaratkan diri awak,nasi itu tenaga kalau kita takmakan lebikmacam tahu.......
Cantik permandangan museum padi ni kak..kat kedah rupanya..baru buka ke kak??? Sawah padi menghijau..sejuk je mata memandang kehijauannya yang farah tahu.. kat langkawi ada satu..called laman padi kot
akak dh penah sampai ke kedah ni tp x singgah plk kt muzium padi nih....
bagus jgk ada muzium ni, sekurang2nya blh beri info yg lengkap pd kita
berkenaan penanaman padi....
Hai manje... manje.... mmg bz bebenor! sampai ke Kedah awak, yea? tgk pics awak nie... teringat zaman kita belajo dedolu! kita menimba ilmu kat Sintok tau awak? dah dekat dah ngan Kodiang nie! rindu kat sawah padi yg menghijau nie...
hi manje...how r u...
dah lama tak catch up....
aina pun dah pandai berposing..kiut miut...
akak suka lah tengok sawah bendang tu...mendamaikan....
muzium padi tu pun very interesting....
seronoknya g muzium padi... kampung nenek kita pun padi gak... tapi kat sekinchan, selangor.... tgk fp akak nie trus teringat kat nenek kat kampung... dah uzur dah nenek kita tu...
waa... seronok noooo.. g muzium padi le puulak... eh, gambo anak daro mu tu..
den iye2 la igt dia dok pki bj kedah tu... pikiaq gak. awat besor no baju.. rajin lak nak pki tuk posing... rupany2 patung jek??? hahaha... den terkena la ni..... patitng yg leh kuor muka je tu erk...? tp nampak real la... cayalah!!
saya pun baru 1st time dgr muzium padi..... wah........biar betul 4 gambar tu mural??? ingatkan pemandangan yg betul tadi.... pandainya org yg melukis tu..........
hehehe macam real jer pic aina pakai baju kat patung tue.......
kalo tak cakap memang tak pasan.......... . muzium padi? huhu tak penah gi pun....................
seblum ni, dengaq crita dr mak & kengkawan dia..
hari ni, baca n tgk gambaq kat fp akak ni
so, kesimpulan: nk kena pi gak muzium padi ni 1 hari nanti...
Keriangan kita masa gumbira
Jangan lupa insan yang berduka.........
Samasama lah kita berdoa' dari yg maha Esa.... Untuk Azuriena yg akan di bedah di IJN.28/6/2008
waaa...abah dah p muzium ni.......memang best siap bulih pusing lagi...........tapi yg paling dikagumi ialah lukisannya yg nampak cam betul-betul.........
Thu 26-Jun-2008 02:12 Posted by:Abah Along - [Link]
sori..lama x singgah fp ni... " kembali lagi...." n3 terbaru jue